Pound Melonjak Lagi, Perjanjian Brexit Akhirnya Tercapai!

1,151

Tumpuan pasaran pada sesi Eropah terarah kepada Sidang Kemuncak EU mengenai Brexit hari ini selain terdapat beberapa data ekonomi yang turut mempengaruhi pergerakan matawang.

Matawang pound melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lima bulan selepas UK dan Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan perjanjian Brexit telah dicapai yang sebelum ini peningkatannya turut dipengaruhi oleh kenyataan daripada ketua perunding EU Michel Barnier bahawa persetujuan Ireland Utara bukan penghalang untuk mencapai perjanjian.

Terdahulu, pergerakan pound dilihat merosot sebanyak 0.6% berbanding dolar dan turun 0.5% berbanding euro selepas pimpinan Parti Kesatuan Demokratik (DUP) Ireland Utara telah menolak cadangan PM UK Boris Johnson berhubung isu persetujuan dan sempadan.

Selain itu, data jualan runcit UK bagi bulan September tidak mencatatkan pertumbuhan tetapi lebih baik daripada yang direkodkan pada bulan lalu iaitu -0.3%. Bagi asas tahunan, jualan runcit UK naik 3.1% berbanding 2.6% pada tempoh yang sama tahun lalu.

Pergerakan dolar USD masih dipengaruhi oleh kelemahan data jualan runcit yang mengalami kejatuhan pertama sejak tujuh bulan lalu yang turut menggambarkan kesuraman ekonomi.

Di samping itu, ia juga turut didorong oleh laporan Rizab Persekutuan AS (Fed) yang menggambarkan kemajuan ekonomi dalam keadaan berhati-hati. Berikutan daripada laporan tersebut sudah cukup untuk membuatkan pasaran bimbang terhadap prospek pertumbuhan AS.

Dolar Aussie pula terus mengukuh berbanding USD selepas data terkini menunjukkan bilangan pekerjaan meningkat sebanyak 14,700 pada bulan September manakala kadar pengangguran juga turut mempamerkan penurunan iaitu sesuatu yang tidak dijangka oleh pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat