Presiden ECB Draghi Melihat Pemulihan Ekonomi Secara Meluas

42

Presiden Mario Draghi memberikan pandangan yang meyakinkan terhadap ekonomi Zon-Eropah pada Selasa, tetapi menegaskan ekonomi masih memerlukan polisi monetari yang akomodatif.

“Segala isyarat dalam ekonomi menunjukkan pengukuhan yang semakin meluas di Zon-Eropah,” kata Draghi dalam forum ECB di Sintra, Portugal.

“Deflasi kini digantikan oleh inflasi,” tambahnya.

Walaubagaimanapun, Draghi masih menegaskan walaupun Zon Eropah dalam trend pertumbuhan, dinamika inflasi masih perlahan.

Walaupun Draghi yakin dengan peranan polisi monetari dalam membangunkan semula inflasi, beliau menegaskan proses tersebut terkekang oleh kombinasi kejutan harga luaran, kelemahan pasaran buruh dan perubahan hubungan antara kedua-duanya.

“Tempoh inflasi rendah sebelum ini juga memberi kesan kepada kelemahan dinamika inflasi,” tambahnya.

Draghi turut menjelaskan tentang kelemahan semasa inflasi adalah lebih banyak disebabkan faktor-faktor sementara.

“Walaubagaimanapun, sokongan polisi monetari masih diperlukan supaya dinamika inflasi boleh bergerak dan mengukuh dengan sendirinya.”

“Dengan ekonomi yang semakin meningkat, kita perlu mengubah polisi secara beransur-ansur, bagi memastikan rangsangan yang dijalankan menyokong pemulihan dengan mengambil kira ketidaktentuan,” kata Draghi.

Secara keseluruhan komen Draghi pada Selasa dilihat sebagai ‘kurang dovish’ berbanding sebelum ini di mana memberi isyarat pengurangan pelonggaran polisi dalam beberapa bulan akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat