Prestasi Mengecewakan Pound Bakal Dorong Penurunan GBP/USD Ke Paras Lebih Rendah

1,363

Seperti matawang Euro, Pound Sterling juga turut mempamerkan penurunan berbanding US dolar pada dagangan Khamis semalam bersambung pada hari ini.

Pound menjadi matawang dengan prestasi terburuk berikutan kegoyahan perkembangan rundingan Brexit antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) terus memberi tekanan terhadap matawang British itu.

Menteri Kabinet UK, Michael Gove pada Khamis bertegas mengulangi bahawa UK tidak akan melanjutkan tempoh peralihan Brexit.

Menambahkan lagi tekanan apabila data pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK untuk 3 bulan yang berakhir pada April menunjukkan penguncupan terbesar berikutan sekatan pergerakan oleh kerajaan telah menghadkan aktiviti ekonomi.

Untuk dagangan semalam sehingga ke sesi Asia pagi ini, harga pada carta pasangan matawang GBP/USD telah membuat penurunan 200 pips mencecah paras sekitar 1.25450.

Tambahan pula, penurunan harga turut didorong oleh pengukuhan US dolar ekoran sentimen pasaran yang kembali berisiko membuatkan permintaan terhadap safe-haven meningkat.

Harga pada carta GBP/USD yang telah bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) di rangka masa 1 jam pergerakan harga telah memberi isyarat perubahan trend bearish.

Pada sesi Eropah, harga menunjukkan kenaikan ke paras sekitar 1.26400 di zon SBR (support become resistance) selepas data pertumbuhan GDP UK diterbitkan.

Jangkaan harga akan menyambung semula penurunan menuju ke paras tumpuan harga 1.25000 yang juga berada pada zon RBS.

Namun jika harga membuat kenaikan melepasi halangan MA50, kenaikan akan menuju paras 1.27500 dan menguji paras ketinggian mingguan sekitar 1.28100.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat