Prestasi Pasaran Saham Global, Kesan Positif Wallstreet

44

Pasaran saham Asia naik sekali lagi ke paras tertinggi, kali ini semakin hampir dengan paras tertinggi hampir 10 tahun lalu pada Khamis. Pasaran Asia banyak disokong oleh lonjakan dalam ekuiti global ditambah lagi dengan komitmen Bank of Japan untuk mengekalkan rangsangan monetari yang aggresif dalam ucapan Kuroda sebentar tadi.

Pasaran ekuti Eropah juga dibuka lebih tinggi pukul 3 pm tadi dengan DAX30 naik 0.69 % setakat pukul 3.39pm, CAC40 di Perancis naik 0.69%, manakala FTSE100 di UK naik 0.45%.

Indeks MSCI Asia Pasifik yang tidak mengambil kira Jepun naik 0.1 peratus kekal berlegar di sekitar paras tertinggi sejak Disember 2007.

Nikkei 225 naik sehingga 0.58% dengan CSI300 di China naik 0.49%, Hang Seng naik 0.25%.

ASX200 di Australia naik sehingga 0.51% dengan KOSPI naik 0.49% dalam penutupan pasaran sebentar tadi.

“Paras tertinggi terbaru sekali lagi direkod dalam indeks Amerika Syarikat termasuk S&P 500 dan NASDAQ yang disokong oleh laporan pendapatan syarikat-syarikat pada suku kedua 2017,” kata Jingyi Pan ketua strategi pasaran di IG Singapura.

“Keuntungan yang dicatat di US dan harga minyak mentah yang lebih tinggi telah membantu pasaran serantau di mana laporan pendapatan di Asia juga akan diperhatikan.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat