Ramalan Goldman Sachs Ini Buatkan Para Pelabur Berjaga-Jaga!

819

Goldman Sachs Group Inc pada hari ini telah mengeluarkan laporan mengenai unjuran ekonomi Amerika Syarikat (A.S). Menurut Goldman Sachs Group Inc, pertumbuhan ekonomi A.S berkemungkinan akan bertumbuh perlahan dengan ketara pada tahun 2022 berikutan pemulihan sektor perkhidmatan semakin pudar.

Bank A.S. menjangkakan ekonomi terbesar di dunia hanya akan bertumbuh pada 8.5% pada suku ketiga dan 5% pada suku terakhir tahun 2021.Jan Hatzius yang merupakan pakar ekonomi, dalam laporan menyatakan bahawa, “unjuran ekonomi pada kali ini tidak sama dengan unjuran ekonomi sebelumnya kerana terdapat perbezaan dalam perkembangan ekonomi dan keadaan semasa.”

Goldman Sachs Group mengatakan penularan Covid-19 yang berterusan telah mengekang perkembangan beberapa sektor ekonomi seperti sektor hiburan, rekreasi dan lain-lain lagi. Pekerjaan dari rumah tidak berjaya memulihkan sektor perkhidmatan seperti yang diharapkan.

Lanjut mereka, walaubagaimanapun program vaksinasi memberi pengaruh besar pada aktiviti sektor ekonomi perkhidmatan namun adalah tidak adil untuk mengatakan vaksinasi dapat menghapus penularan Covid-19 sepenuhnya.

Para ahli ekonomi mengurangkan ramalan pertumbuhan penggunaan pada separuh kedua tahun ini, walaupun ramalan KDNK tahunan adalah pada 6.6%. Goldman juga menaikkan unjuran kadar penganggurannya dari 4.2% menjadi 4.4% pada akhir 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat