RBNZ Macam Dovish Je, Tapi Kenapa NZD Naik?

242

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) hari ini memutuskan untuk kekal dengan kadar faedah di tahap terendah pada 0.25% dan mengekalkan program pembelian aset skala besar (LSAP) sebanyak NZ$100 bilion pada mesyuarat polisi bagi sesi September.

Berdasarkan laporan minit mesyuarat yang diterbitkan susulan keputusan tersebut, bank pusat menyatakan ia mungkin melancarkan alat rangsangan baru tahun ini untuk terus mengurangkan kos pinjaman.

Jawatankuasa dasar monetari dijangka memperkenalkan program pembiayaan untuk pinjaman (FLP) kepada bank sebelum akhir tahun ini.

Bank pusat akan mula memberi pinjaman wang secara langsung kepada bank untuk memberi pinjaman kepada peminjam sebelum akhir tahun untuk menurunkan kadar faedah kepada pengguna.

RBNZ secara aktif mempertimbangkan untuk melaksanakan kadar faedah negatif dan mengatakan ia akan melakukannya bersama pembiayaan jangka panjang untuk bank.

Kenyataan hari ini menunjukkan bahawa program pembiayaan akan diperkenalkan sebagai langkah pertama, yang memungkinkan para pembuat dasar mengambil lebih banyak rangsangan sementara kadar faedah semasa dikekalkan sehingga Mac 2021 seperti mana yang pernah dikhabarkan sebelum ini.

Kadar yang lebih rendah mungkin diperlukan untuk membantu pemulihan New Zealand dari penguncupan ekonomi terburuknya sejak Great Depression yang dilemahkan oleh gelombang kedua coronavirus di bandar terbesar di Auckland.

Kadar pengangguran pula dijangka meningkat berikutan penutupan sempadan negara yang telah melumpuhkan industri pelancongan utama.

Susulan daripada keputusan bank pusat, dolar New Zealand kembali mempamerkan kenaikan berbanding US dolar. Bagaimanapun, peningkatan agak terbatas berikutan sentimen risk-off dalam pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat