Republikan ‘Berpecah’ Kerana Trump

399

Gara-gara menyokong usaha Demokrat untuk memecat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, beberapa anggota Republikan di Dewan Perwakilan berdepan dengan ‘ancaman’.

Salah seorangnya adalah pemimpin ketiga tertinggi Republikan di Dewan Perwakilan iaitu Liz Cheney.

Cheney yang merupakan ahli Kongres Wyoming dan bapanya adalah Naib Presiden ketika pentadbiran George W Bush, berdepan desakan segera supaya meletakkan jawatannya selepas bertindak mengundi supaya Trump dipecat kerana mencetuskan insiden rusuhan di Capitol pada 6 Januari lalu.

Menurut Cheney, beliau tidak akan meletakkan jawatan kerana merasakan tindakannya menyokong usul memecat Trump adalah wajar.

Tambah Cheney lagi, walaupun wujud pandangan yang berbeza dalam kalangan anggota Republikan tetapi AS telah berdepan krisis politik yang buruk sejak Perang Saudara.

Dalam pada itu, ujar ahli Republikan Michigan, Peter Meijer, beliau dan beberapa ahli Kongres terpaksa membeli perisai badan serta mengubah rutin normal harian mereka selepas menerima ugutan.

“Sangat menyedihkan kita harus sampai ke tahap itu tetapi anda tahu kami menjangkakan seseorang mungkin akan cuba membunuh kami.

“Kita tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini. Kami tidak sangka Capitol akan diserang buat kali pertama dalam tempoh 200 tahun,” ujarnya.

Trump didakwa buat kali kedua dan menjadi satu-satunya Presiden AS yang berdepan tindakan berkenaan.

Beliau akan dibicarakan di Senat dan sekiranya didapati bersalah, Trump tidak akan dibenarkan memegang sebarang jawatan dalam pentadbiran kerajaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat