Trader Bimbang! Prestasi Pasaran Buruh A.S Tidak Sesuai Jangkaan!

520

Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan faedah pengangguran setelah sekian lama mencatat kejatuhan akhirnya mula meningkat. Ini memberi tanda bahawa penularan wabak Covid-19 yang semakin melonjak naik telah memberi impak negatif terhadap pasaran buruh Amerika Syarikat berikutan beberapa jenis operasi terpaksa ditutup.

Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh pada hari ini menunjukkan jumlah tuntutan pengangguran pada minggu lepas mencatat jumlah bacaan sebanyak 965,000 tuntutan. Bacaan ini jauh melebihi jangkaan yang ditetapkan oleh para penganalisis iaitu sebanyak 795,000. Bacaan minggu lepas naik daripada bacaan minggu sebelumnya yang mencatat hanya 784,000 jumlah tuntutan.

Penganalisis berpendapat bahawa peningkatan ini didorong kerana permohonan semula bagi mendapatkan faedah pengangguran berikutan kerajaan telah memberi bantuan tambahan sebanyak $300 sehingga 14 Mac. Bantuan ini adalah sebahagian daripada pakej rangsangan yang diluluskan hampir $ 900 bilion.

Pihak berkuasa telah mengenakan langkah penutupan restoran dan perniagaan lain bagi mengekang penularan pandemik Covid-19. Berikutan hal tersebut beberapa pekerjaan terpaksa dikurangkan untuk pertama kalinya dalam tempoh 8 bulan.

Walaupun tuntutan pengangguran turun dari bacaan tertinggi iaitu 6.867 juta pada bulan Mac, namun jumlah yang dicatat tetap berada di bacaan kemuncak iaitu 665,000 yang dicatat semasa krisis kewangan 2007-2009. Laporan tuntutan pengangguran ini memberi gambaran keadaan ekonomi A.S.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mencatat peningkatan sebanyak 0.15% kepada paras tukaran 90.472.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat