Risiko Siasatan Pilihanraya U.S. Melonjakkan Safe-Haven dan Menekan AUD dan NZD

82

Berita yang agak positif kepada US dolar iaitu berita kelulusan ‘perubahan cukai’ oleh House of Representative. Walaupun dengan sentimen positif kelulusan di House, tetapi dengan berita terbaru ‘sapina’ yang dikeluarkan oleh Mueller terhadap kempen Trump, ini sebenarnya akan memberi tekanan kepada proses kelulusan ‘perubahan percukaian’ di Amerika Syarikat.

Berita siasatan ini juga sebenarnya memberi risiko kepada kerajaan baru White House. Disebabkan risiko ini, kita juga melihat pengukuhan permintaan aset safe-haven. Dengan Yen, Swissy dan Emas membuat kenaikan pada sesi Asia.

AUD dan NZD

Dalam suasana sentimen yang berisiko biasanya akan terdapat satu peralihan daripada matawang kadar faedah tinggi seperti Australia dan New Zealand. Hal ini dapat kita lihat terhadap kedua-dua matawang yang melemah selepas laporan siasatan kempen pilihanraya presiden Trump.

Kiwi dolar juga berhadapan dengan data harga pengeluar (PPI) yang meleset daripada jangkaan pasaran. Data yang dikeluarkan merekod bacaan 1.1% kurang daripada jangkaan 1.2% dan susut daripaa bacaan sebelum ini 1.4%.

Umum mengetahui bahawa, New Zealand telah memilih kerajaan baru dalam pilihanraya sebelum ini yang menyebabkan beberapa ketidaktentuan (uncertainty) dalam ekonomi. Kerajaan baru dilihat menggunapakai dasar yang tidak mesra dengan pelabur asing di mana halangan akan dibuat kepada orang asing untuk membeli hartanah di New Zealand. Kerajaan juga mahu menambah mandat sedia ada kepada RBNZ untuk mengukuhkan pasaran pekerjaan di samping mengawal inflasi.

Jadi perkara ini masih memberi ketidaktentuan kepada ekonomi New Zealand di masa hadapan dan sebab itu kita masih melihat NZD kekal tertekan sejak sebulan yang lalu.

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat