Sah! Pos Malaysia Meterai Kontrak Bersama SEDANIA

1,319

Melalui anak syarikat SEDANIA Innovator Bhd (SEDANIA) iaitu SEDANIA Technologies Sdn Bhd telah memeterai kontrak bersama Pos Malaysia bagi mengurangkan penggunaan tenaga.

Ketua Pegawai Eksekutif SEDANIA, Daniel Ruppert berkata usaha terbaharu itu adalah pencapaian penting bagi SEDANIA untuk memperluas penyelesaian teknologi hijau ke dalam industri rantaian logistik dan bekalan.

“Kami berharap agar ia dapat membantu Pos Malaysia dalam mengurangkan kos operasi serta mencapai matlamat berdasarkan konsep penjimatan bersama,” katanya.

Dalam pada itu, SEDANIA bakal menyediakan teknologi melalui rangka kerja Kontrak Prestasi Tenaga yang mana ia membenarkan organisasi untuk mencapai objektif dan tadbir urus masing-masing.

Meneliti kepada laporan, Pos Malaysia telah melakukan kiriman melebihi 6.7 juta bungkusan pada 2020 menerusi perkhidmatan Pos Laju SendParcel yang menjana penghasilan sebanyak RM45.5 juta.

Kontrak itu dijangka bakal dimulakan dengan penggunaan kecekapan dan penyelesaian tenaga yang boleh diperbaharui di lapan lokasi Pos Malaysia yang terpilih di Lembah Klang.

Selain itu, ia dijadualkan akan bermula pada tahun ini dan diselesaikan dalam tempoh tiga bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat