Saham Harga Rendah Terus Berlanjutan Diburu Pelabur

263

Bursa Malaysia terus dibuka tinggi pada awal dagangan hari ini berikutan aktiviti belian saham berharga rendah yang berterusan bermula 9 Julai.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.32 mata kepada 1,522.9 sewaktu ditutup 1,520.58 pada Jumaat.

Lapor Bernama, indeks itu dibuka 1.65 mata lebih tinggi pada 1,522.23.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 197 kepada 149, manakala 263 kaunter tidak berubah, 1,608 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurang kepada 240.37 juta unit bernilai RM111.88 juta.

Malacca Securities mengatakan bahawa para pelabur cenderung untuk kekal berhati-hati dengan kekurangan petunjuk dan kebimbangan mengenai perkembangan politik yang sedang berlaku serta jangkitan covid-19 yang tinggi serta mungkin bakal membayangi peningkatan kadar vaksinansi.

Menurut broker, pasaran mungkin sedang memperhatikan (pengeluaran) data produksi dan penjualan perindustrian Malaysia yang akan dikeluarkan pada hari ini. Daripada segi komoditi, harga minyak sawit mentah (CPO) dan harga minyak telah meningkat.

Selain itu, Malacca Securities juga mengatakan bahawa kaunter tenaga dan perladangan mungkin meningkat sedikit seiring dengan harga komoditi.

Sektor teknologi berkemungkinan boleh menjadi tumpuan memandangkan prestasi positif di Wall Street terus diperoleh.

Bagi saham aktif, Maybank turun dua sen kepada RM8.11, Public Bank naik satu sen kepada RM4.04 dan TNB turun tiga sen kepada RM9.66, manakala Petronas Chemicals, IHH Healtcare dan CIMB masing-masing tidak berubah untuk kekal pada harga RM8.06, RM5.61 dan RM4.49.

Di samping itu, Serba Dinamik meningkat 1.5 sen kepada 47 sen, YBS International menokok 7.5 sen kepada 43 sen dan Asdion turun 3.5 sen kepada 32 sen serta Managepay Systems menambah satu sen kepada 26 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 22.18 mata kepada 11,092.29, Indeks FBMT 100 21.84 mata lebih tinggi kepada 10,803.76 dan Indeks FBM Emas Syariah melonjak 21.63 mata kepada 12,132.41.

FBM ACE ‘meroket’ 50.58 mata kepada 7,225.62 dan FBM 70 naik 50 mata kepada 14.374.93.

Menurut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 28.42 mata kepada 14,984.05, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.22 mata kepada 187.74 dan Indeks Perladangan melonjak 17.97 mata kepada 6,308.4.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat