Saham Wall Street Susut, Minit FOMC Cetus Spekulasi

587

Penganalisis pasaran memerhati rapat saham Amerika Syarikat (AS) yang didapati jatuh dan melonjakkan harga emas capai paras tertinggi untuk dua minggu.

Selain itu, laporan minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan pada awal pagi tadi menunjukkan bank pusat berada pada kedudukan lebih berhati-hati.

Dasar monetari di AS akan dikekalkan buat sementara waktu, namun ahli mesyuarat masih pertimbangkan langkah pengetatan dasar lanjut jika keadaan memerlukan.

Tiga indeks saham utama AS ditutup lebih rendah sedikit dengan Nasdaq turun paling banyak disebabkan oleh keputusan Nvidia yang meramalkan hasil suku keempat melebihi sasaran. Saham Nvidia lebih rendah sedikit dalam sesi dagangan seterusnya.

S&P 500 dan Nasdaq sama-sama menamatkan dagangan lima hari berturut-turut pada kedudukan teratas.

Tim Ghriskey, ahli strategi portfolio kanan Ingalls & Snyder percaya bahawa keuntungan berkemungkinan tertunggak disebabkan oleh kenaikan mendadak dan ramai trader ingin mengambil keuntungan menjelang cuti.

Minit mesyuarat FOMC pada awal bulan lepas mendedahkan pembuat dasar bergelut dengan isyarat yang bercanggah dan bersetuju untuk lebih berhati-hati dengan kadar sasaran 5.25% – 5.50%.

Fed juga mengesahkan untuk dasar dikekalkan ketika ini dan memerhati kadar inflasi selepas ini. Ghriskey percaya Fed perlu bertindak jika inflasi terus meningkat.

Dari sudut ekonomi, jualan rumah sedia ada di AS merosot ke paras terendah dalam tempoh 13 tahun disebabkan kenaikan kadar mortgage dan inventori rendah menyebabkan ramai pengguna berfikir panjang sebelum beli.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat