Selepas Tumpuan Pada Data NFP, USD Suram Di Awal Minggu

246

Mata wang US dolar didagangkan bercampur pada penghujung minggu lalu namun mengakhiri sesi terakhir minggu tersebut dengan kekal lemah.

Reaksi menarik pasaran dilihat ketika terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) di sesi New York pada Jumaat yang agak bercampur.

Jika diteliti pada komponen data, pertambahan pekerjaan pada bulan November sebanyak 263,000 adalah lebih tinggi berbanding unjuran 200,000. Sementara, purata pendapatan per jam melonjak 2 kali ganda berbanding ramalan iaitu ke paras 0.6%, mengatasi bacaan sebelumnya pada 0.5%.

Ini telah mendorong lonjakan awal nilai US dolar sebaik sahaja laporan tersebut diterbitkan kerana jangkaan kemungkinan Federal Reserve (Fed) perlu meningkatkan semula pengetatan dasar.

Namun setelah dihadam, pertambahan pekerjaan yang dicatatkan sebenarnya tidak berjaya mengatasi bacaan pada bulan Oktober, dan kadar pengangguran pula masih kekal tinggi di paras 3.7%.

US dolar kembali menutup dagangan di penghujung sesi dengan suram semula, setelah didagangkan lemah untuk beberapa sesi sebelumnya.

Dengan bacaan laporan pekerjaan yang kurang memberangsangkan berkemungkinan akan mendorong Fed memperlahankan pengetatan dasar.

Namun, tetap ada pandangan bertentangan seperti bekas Setiausaha Perbendaharaan AS, Larry Summers yang melihat Fed masih perlu untuk menaikkan lagi kadar faedah kerana masih jauh perjalanan sebelum inflasi menuju ke paras stabil.

Sentimen pasaran yang semakin pulih juga dilihat tidak memberi sokongan untuk US dolar mengukuh di awal minggu ini.

Perkembangan semakin positif di China apabila dilaporkan sekatan pergerakan makin dilonggarkan di beberapa lokasi tumpuan seperti Beijing dan Shenzhen.

Seterusnya, beberapa data ekonomi AS akan menjadi tumpuan minggu ini seperti tinjauan sektor perkhidmatan (ISM) dan indeks harga pengeluar (PPI) selain beberapa mesyuarat polisi bank pusat akan dipantau pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat