Selera Risiko Pasaran Mula Berubah Menjelang Mesyuarat The Fed!

624

US dolar masih mengekalkan prestasi pada hari Jumaat dengan membuat pengukuhan kepada paras 2 minggu tertinggi setelah beberapa hari tidak menentu kerana perubahan selera risiko dalam kalangan trader. Tumpuan pasaran kini adalah pada mesyuarat Rizab Persekutuan pada minggu hadapan.

Indeks dolar, yang mengukur US dolar berbanding sekumpulan enam mata wang utama catat pengukuhan sedikit pada hari ini pada paras dagangan 92.877. Untuk minggu ini, US dolar mengukuh 0.2%, setelah mengukuh 0.6% pada minggu sebelumnya.

Penurunan pengukuhan dalam US dolar adalah didorong oleh pengurangan kekhuatiran pemain pasaran terhadap varian Covid-19 yang dapat menggagalkan pemulihan global.

Selera risiko dalam kalangan pelabur kekal tinggi pada hari Jumaat, dengan saham A.S. meningkat, Perbendaharaan A.S. berlakunya penjualan dan matawang komoditi terus menunjukkan prestasi yang baik.

Penganalisis Wells Fargo’s Nelson, bagaimanapun, tidak yakin US dolar dapat bertahan dalam beberapa minggu akan datang memandangkan penurunan dalam hasil Perbendaharaan A.S.

Tumpuan pasaran seterusnya adalah pada mesyuarat dasar the Fed selama 2 hari pada minggu hadapan. Sementara itu, euro susut 0.1% kepada $ 1.1763 berbanding US dolar, menunjukkan sedikit reaksi terhadap tinjauan pengurus pembelian yang keluar dari Perancis, Jerman dan zon euro secara keseluruhan.

Kegiatan perniagaan zon euro berkembang pada kadar bulanan terpantas dalam lebih dari dua dekad pada bulan Julai kerana pelonggaran sekatan Covid-19. Australia dolar yang dilihat sebagai proksi untuk selera risiko pasaran susut 0.1% kepada $ 0.7374, menuju kerugian mingguan keempat berturut-turut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat