Sementara Tunggu Parlimen, Ini Masa Untuk Pelabur ‘Memburu’

181

Di sebalik sesi penjualan daripada sentimen berhati-hati pasaran tempatan semalam, munculnya aktiviti bargain-hunting untuk dorong pembukaan positif pada Bursa Malaysia pagi ini.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 1.24 mata pada 1,446.72 sebelum naik 1.34 mata pada 1,449.3 berbanding penutupan Isnin pada 1,447.96.

Di pasaran meluas, kerugian pada 134 atasi keuntungan pada 119, manakala 164 kaunter pula tidak berubah, 1,881 tidak didagangkan dan 14 digantung.

Jumlah perolehan pada 191.27 juta unit bernilai RM66.35 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, tumpuan utama yang terarah kepada situasi politik negara membuatkan pelabur mencari sektor berkaitan dengannya seperti telekomunikasi, pengguna, utiliti dan saham berdividen tinggi.

Tambah Rakuten Trade Sdn Bhd pula bahawa indeks dijangka berlegar pada julat 1,430-1,450 dan sentimen kekal berhati-hati sehingga pembentukan kerajaan baru.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank naik 4 sen pada RM8.57, Petronas Chemicals Group Bhd tambah 6 sen pada RM8.70, CIMB Group Holdings Bhd raih 2 sen pada RM5.53 dan IHH Healthcare Bhd kumpul 5 sen pada RM6.10.

Public Bank Bhd mendatar pada RM4.33 dan Hong Leong Bank Bhd kekal pada RM20.62 sementara Tenaga Nasional Bhd turun 3 sen pada RM8.38.

Saham aktif memperlihatkan Advance Synergy Bhd capai 2 sen pada 18 sen dan Dagang NeXchange Bhd (DNeX) lonjak 2 sen pada 59 sen, Malayan United Industries Bhd canak 0.5 sen pada 10.5 sen dan Infoline Tec Group Bhd raih 4 sen pada 54 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas naik 11.74 mata pada 10,286, indeks FBM Emas Shariah capai 4.52 mata pada 10,412.02, indeks FBMT 100 raih 11.41 mata pada 10,016.41 dan FBM 70 kumpul 22.64 mata pada 12,189.59 sementara FBM ACE turun 20.59 mata pada 4,931.91.

Segi sektor,  indeks Perkhidmatan Kewangan naik 31.71 mata pada 16,239.49, indeks Produk serta Perkhidmatan raih 0.57 mata pada 179.49 sementara indeks Perladangan junam 2.79 mata pada 6,836.38 dan indeks Tenaga turun 0.74 mata pada 722.63.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat