Apa Khabar Emas Setelah Ditolak Jatuh Oleh USD?

364

Emas kembali didagangkan stabil setelah tergelincir pada awal minggu berikutan kebangkitan semula US dolar menjelang laporan minit mesyuarat FOMC.

Pada sesi Asia, logam kuning itu sedikit berubah pada sekitar harga $1,742 per auns, diniagakan tidak jauh dari paras terendah dua minggu yang disentuhnya pada sesi terdahulu.

US dolar mendapat kelebihan sebagai safe haven ketika kebimbangan tentang Covid-19 di China menjejaskan sentimen terhadap aset berisiko.

Ini membuatkan logam berharga emas berundur dari paras tertinggi yang dicapainya minggu lalu, dengan tumpuan kini beralih kepada penerbitan  minit FOMC pada awal pagi Khamis.

Sementara itu, kenyataan daripada beberapa penggubal dasar Federal Reserve (Fed) menghiasi pasaran sebelum pengeluaran laporan itu.

Presiden Fed San Francisco, Mary Daly memberitahu bahawa masih banyak usaha yang perlu dilakukan dalam mengetatkan dasar monetari dan menurunkan inflasi.

Secara berasingan, Presiden Fed Cleveland Loretta Mester pula menyokong kenaikan kadar yang lebih kecil pada bulan Disember, seiring dengan jangkaan pasaran untuk peningkatan 50 mata asas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat