Senator Berpendapat Mark Zuckerberg Harus Dihukum Penjara

408

Senator D-Oregon, Ron Wyden dalam satu temubual bersama sebuah akhbar mencadangkan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg harus menerima hukuman penjara kerana telah beberapa kali menipu rakyat AS mengenai status keselamatan yang terdapat di dalam Facebook.

Senator Wyden mula memperkenalkan sebuah rang undang-undang baru iaitu Akta Perlindungan Data Pengguna di mana akta ini memberi kuasa kepada Suruhanjaya Persekutuan Perdagangan (FTC) untuk mengenakan hukuman keras kepada mana-mana syarikat yang didapati menceroboh data peribadi pengguna. Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun dan denda sehingga $5 juta jika didapati bersalah.

Senator itu juga menegaskan Mark harus bertanggungjawab secara peribadi atas segala kejadian yang berlaku kerana perbuatannya itu telah menyakiti banyak pihak. Beliau mengambil contoh jika CEO dan eksekutif yang lain berbohong mengenai kewangan, mereka boleh dipertanggungjawabkan secara peribadi.

Julai lalu, FTC telah menyaman syarikat Facebook sebanyak $5 bilion, sebuah angka yang paling besar pernah dikenakan terhadap syarikat teknologi selepas mereka mula meneliti amalan kerahsiaan syarikat itu pada Mac 2018.

FTC memberi tumpuan kepada pelanggaran data secara besar-besaran di mana Facebook memberikan maklumat kepada Cambridge Analytics mengenai data peribadi lebih daripada 87 juta pengguna Facebook. Tambahnya lagi, Facebook sepatutnya memberitahu pengguna apabila data mereka digunakan oleh firma pihak ketiga.

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) juga mengumumkan Facebook akan membayar denda sebanyak $100 juta kerana mengelirukan para pelabur mengenai risiko yang dihadapi daripada penyalahgunaan data pengguna.

Selama lebih dua tahun Facebook mendedahkan secara umum tentang risiko penyalahgunaan data pengguna walhal Facebook sendiri sedar bahawa data pengguna telahpun disalahgunakan oleh pihak ketiga. Berita ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap harga saham Facebook. Saham Facebook ditutup rendah $3.28 kepada $182.39.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat