Sentimen Di Semenanjung Korea Semakin Pulih Dengan Berita Ini

499

Sentimen pasaran terhadap Semenanjung Korea mungkin semakin pulih dalam beberapa bulan akan datang dengan berita terbaru rancangan pertemuan Trump dan Jong-Un.

Presiden Trump dijangka menangguhkan perjanjian perdagangan dengan Korea Selatan sehinggalah perjanjian dicapai bersama Korea Utara. Hal ini dilaporkan oleh Reuters pada Khamis.

“Saya mungkin akan menangguhkannya sehinggalah selepas perjanjian disepakati bersama Korea Utara,” kata Trump dalam ucapannya. “Saya mahu semua orang dilayang dengan adil,” tambah beliau.

Sebelum ini Trump bersetuju dengan jemputan untuk bertemu Kim Jong-Un. Pegawai Korea Selatan mengatakan pertemuan itu akan berlangsung pada akhir bulan Mei selepas perhimpunan antara kedua-dua negara Korea pada April.

Amerika Syarikat dan Korea Selatan pada awal minggu ini bersetuju untuk mengkaji semula perjanjian bebas yang berusia enam tahun termasuk rundingan mengurangkan persaingan nilai matawang. Amerika Syarikat juga telah mengecualikan Korea Selatan daripada 25% tariff keluli dengan syarat eksport keluli Korea Selatan ke A.S. dikurangkan sebanyak 30%. Tanpa perjanjian ini, tariff keluli terhadap Korea Selatan akan dikuatkuasakan pada 1 Mei.

Dengan perkembangan terbaru perjanjian A.S. dan Korea Selatan telah memperbaiki sedikit sentimen perang perdagangan yang menyebabkan kenaikan pasaran saham pada Khamis. Prestasi pasaran saham Wallstreet pada Khamis agak memberangsangkan dengan ketiga-tiga indeks utama merekodkan kenaikan. S&P500 naik sehingga 1.40%, Dow Jones naik 1.07% dan Nasdaq naik 1.64%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat