Sentimen: Dolar US Mengukuh Dengan Pasaran Bon Meningkat

51
  • Pasaran Pertukaran Matawang Asing

Matawang Euro melemah berbanding U.S iaitu pada kadar 1.1806, menyusut sebanyak -0.35%.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain terutamanya yen, euro dan pound naik sebanyak 0.30% kepada 92.72 pada jam 6.00 petang.

Para pelabur menanti komentar pengerusi Fed Janet Yellen terhadap inflasi dan monetari polisi. Selain itu, penelitian juga tertumpu kepada rincian pelan Trump bagi pemotongan cukai.

Dalam ucapan minggu ini penolong pengerusi William C. Dudley menyatakan sokongan terhadap kenaikan kadar faedah dan berpendapat bahawa Fed berada pada landasan yang betul. Dalam masa yang sama ahli Fed, Neel Kashkari dan Charles Evans, berkata harus mengambil masa agar inflasi meningkat sebelum menaikkan kadar faedah.

  • Pasaran saham

Berikut adalah penutupan saham Asia pada hari ini:

Nikkei 225 (Jepun) : -0.33%
KOSPI (Korea Selatan) : -0.26%
ASX 200 (Australia) : -0.22%

Berikut pula adalah pergerakan indeks saham eropah setaka jam 6.00 p.m

Euro Stoxx 50 : +0.88%
DAX: -0.21%
CAC 40: +0.05%
FTSE 100: -0.08%

Pergerakan saham penting bagi melihat risk appetite para pelabur dalam pasaran semasa. Anda perlu perkuatkan analisis fundemental untuk memahami risk appetite melalui saham.

  • Pasaran Bon

Pasaran bon Amerika Syarikat mengukuh. Berikutan adalah jumlah peratusan kenaikan nilai bon pada jam 6.00 p.m:

US-10Y Yield : -0.01%
US-5Y Yield : +0.21%
US-30Y Yield : +0.03%

  • Pasaran Komoditi

Emas pada pasaran Eropah menyusut sedikit 0.22%, dan kepada $1,308.52 per auns.

Pergerakan masih terkesan dengan sentimen ”risk off”. Menurut penganalisis Rob Carnell, ING dalam laporanya menyatakan jika sentimen ini terus berlangsung, kita akan melihat permintaan terhadap ‘safe heaven’ akan meningkat untuk beberapa hari, kemudian akan pasaran akan kembali seperti sedia kala.

Pasaran minyak sedikit menyusut pada petang ini:
Minyak mentah WTI: -0.52%
Minyak Brent: -0.77%

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat