Sentimen Pasaran Global Menjelang Penutupan Sesi Asia Hari Selasa

39
  • Pasaran Forex

US dolar meneruskan pengukuhan berbanding matawang utama yang lain menjelang ucapan Fed Washington, Jerome Powell jam 8.30 malam nanti. Pengukuhan yang berterusan ini disokong oleh kenyataan hawkish Fed Kaplan awal pagi tadi yang terbuka dengan sebarang perubahan kadar faedah bulan Disember.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain naik 0.24% kepada 93.70 setakat jam 1 petang.

Sentimen matawang euro masih lemah akibat ketidaktentuan politik di Sepanyol. Manakala pound sterling pula sedikit mengukuh namun terhalang dengan jangkaan pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Data PMI pembinaan UK petang ini jadi tumpuan selepas bacaan indeks PMI pembuatan semalam sedikit rendah daripada jangkaan.

Pandangan ekonomi Australia masih positif dengan RBA mengekalkan kadar faedah di paras 1.50% bagi membantu meningkatkan pendapatan dan mengurangkan beban hutang isi rumah supaya dapat meningkatkan aliran wang domestik menerusi perbelanjaan.

Sentimen risiko masih mengerakkan Yen dan sebahagian penganalisis mengatakan kejatuhan Yen ketika ini disebabkan ramai pelabur asing melakukan hedge pada pelaburan mereka bagi melindungi daripada perubahan nilai matawang dan votaliti dengan menggunakan risk reversal.

  • Pasaran saham

Pasaran saham Asia bercampur. Berikut adalah pergerakan saham setakat jam 1 petang:

Nikkei 225 (Jepun) : +0.88%
ASX 200 (Australia) : -.0.60%

Manakala indeks saham hadapan (futures) Eropah dan Wall Street positif:

Euro STOXX 50 (Blue chips) : +0.53%
Indeks DAX (Jerman) : +0.87%
Indeks CAC40 (Perancis) : +0.47%
FTSE 100 (Britain) : +0.11%
Dow Jones : +0.16%
Nasdaq : +0.20%
S&P 500 : +0.09%

Pergerakan saham penting bagi melihat risk appetite para pelabur dalam pasaran semasa. Anda perlu perkuatkan analisis fundemental untuk memahami risk appetite melalui saham.

  • Pasaran Bon

Hasil-bon Amerika Syarikat secara keseluruhannya naik. Berikut adalah perubahan hasil-bon dunia menjelang penutupan pasaran Asia hari ini:

US-10Y Yield : +0.70%
US-5Y Yield : +0.53%
US-30Y Yield : +0.69%

  • Komoditi

Pengukuhan dolar turut menjatuhkan lagi permintaan emas dengan harga pasaran hadapan emas di Comex terus menyusut 0.27% kepada $1,272.30 per auns. Emas kini masih berada di zon support  yang signifikan di paras 1,270/60

Pasaran minyak mentah pula ditekan berikutan pelabur bimbang dengan peningkatan pengeluaran OPEC pada bulan Sepetmber serta harga yang tinggi akan menyebabkan hasil pengeluaran minyak di US meningkat, sekali gus menganggu kestabilan pada pasaran minyak.

Minyak mentah WTI: -0.26%
Minyak Brent: -0.37%

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat