Sentimen Pasaran Sesi New York : Masih Lagi Berkisar Perang Dagang

556

US dollar meningkat ke paras tertinggi hari Selasa berbanding beberapa matawang utama yang lain dan berjaya naik dari paras rendah yang direkod pada sesi Asia. Namun, US dollar masih gagal menguat berbanding matawang safe-haven memandangkan permintaan matawang Yen meningkat berikutan sentimen berisiko (Risk-Off).

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain naik 0.48% setakat pada pukul 8.30 malam.

Major pair EUR/USD setakat ini susut 0.65% dengan GBP/USD susut 0.62%. USD/JPY setakat ini membuat membuat penurunan sebanyak 0.66%, USD/CAD pula naik 0.53% dengan USD/CHF susut sebanyak 0.02%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing menyusut sebanyak 0.88% dan 0.69%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah JPY, manakala matawang paling lemah AUD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair AUD/JPY jatuh sebanyak 1.51%.

Yen kini menguat berbanding semua matawang utama dengan pengukuhan paling banyak direkodkan berbanding Aussie (AUD). Pair NZD/JPY, GBP/JPY dan EUR/JPY masing-masing jatuh sebanyak 1.34%, 1.23% dan 1.32%.

Sentimen ketika ini masih lagi berkisar tentang perang perdagangan Amerika-China selepas keputusan Trump mengarahkan penelitian US$200 billion barangan China yang akan dikenakan tariff.

China pula memberi amaran bahawa mereka akan melawan balik tariff yang dikenakan oleh Amerika untuk menjaga kepentingan ekonomi China.

Nampaknya kesan daripada komen Trump pada Selasa telah memberi kesan negatif kepada pasaran ekuiti global dengan indeks-indeks saham utama Asia ditutup lebih rendah. Indeks saham Eropah ketika ini juga dilihat tertekan dengan pasaran saham Amerika Syarikat dijangka dibuka lebih rendah pada Selasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat