Sentimen Pasaran: Wabak Koronavirus Beri Kesan Lebih Buruk Daripada Wabak SARS Terhadap Ekonomi?

355

Setakat ini, di seluruh dunia sebanyak kira-kira 80,000 orang telah dijangkiti penyakit itu dan lebih 2,800 maut direkodkan. Di Malaysia sebanyak 22 kes positif COVID-19 telah tercatat dengan 20 individu telah pulih sepenuhnya.

Pada hari ini ahli majlis pentadbiran Bank Pusat Eropah, Klass Knot telah mengeluarkan pandangannya bahawa wabak COVID-19 mungkin akan memberi kesan lebih besar ke atas ekonomi dunia daripada wabak SARS yang menular kira-kira hampir 20 tahun lalu.

Menurut Knot, walaupun masih terlalu awal untuk mengukur kesan wabak ini, namun pengiraan saya bahawa wabak koronavirus (COVID-19) akan kesan yang lebih teruk terhadap ekonomi global.

Wabak SARS telah menyebabkan kerugian sebanyak $40 billion dalam pasaran ekuiti.

Pada hari ini, pasaran saham A.S telah jatuh menjunam berikutan kekhuatiran pasaran terhadap prospek wabak koronavirus terhadap ekonomi A.S.

Indeks pasaran saham Dow Jones jatuh sebanyak 437 mata atau jatuh 1.6%. Indeks S&P juga jatuh 1.6% dan Indeks Nasdaq pula jatuh 1.8%. Indeks US dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan susut pada paras 98.362 setakat jam 11.30 p.m.

Para pedagang matawang menjangkakan sebanyak 60% kecenderungan bahawa the Fed akang mengurangkan kadar pada mesyuarat bulan Mac ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat