Sentimen Risk-Off Membuatkan Matawang Yen Menguat

685

Selepas daripada tindakan Trump pada Khamis, matawang Yen telah mengukuh berbanding matawang-matawang utama yang lain. Dengan statusnya sebagai safe-haven menjadikan matawang ini sebagai pilihan pelabur semasa sentimen berisiko.

US dolar jatuh semalaman sehingga ke sesi Asia pada Jumaat dari harga tertinggi enam minggu selepas. Hal ini disebabkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memutuskan untuk mengenakan cukai import keluli dan aluminium masing-masing sebanyak 25% dan 10% dan Powell menyampaikan keterangan yang kurang meyakinkan di Dewan Senat A.S.

Indeks US dolar membuat penurunan pada hari Khamis disebabkan tindakan Trump mengenakan cukai kepada import keluli dan aluminium, seterusnya mencetuskan ‘sentimen berisiko’ (risk-off) dalam pasaran.

Keputusan tariff dari Trump telah menyebabkan kebimbangan kepada pelabur terhadap potensi perang perdagangan dengan China. Indeks US dolar memulih di atas $90 semalam berikutan keterangan dari ketua baru Federal Reserve iaitu Jerome Powell yang menunjukkan isyarat kenaikan kadar sebanyak empat kali pada tahun ini. Tetapi keputusan White House berkaitan tariff telah menghentikan momentum kekuatan US dolar.

Pair USD/JPY setakat ini menyusut 0.54% bersamaan dengan 57 pip. Tindakan Trump semalam menyebabkan Yen menguat berbanding US dolar hari ini. Pengukuhan Yen turut disokong oleh data pengangguran yang berkurangan walaupun Bank of Japan (BoJ) tetap menumpukan kepada sasaran untuk mencapai inflasi 2%. Haruhiko Kuroda pagi tadi berkata, “polisi pelonggaran (easing) tidak akan diteruskan jika data CPI mencapai 2% dalam keadaan yang stabil”.

Pair AUD/USD pula kelihatan mula stabil dan meningkat sebanyak 0.19% setakat pada pukul 5 petang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat