Preview Pilihanraya Umum ITALI Hujung Minggu Ini. Apakah Nasib Matawang Euro?

1,679

Hujung minggu ini akan menjadi satu tempoh yang penting kepada pasaran Eropah khususnya matawang Euro. Rasanya ramai trader di Malaysia yang maklum dengan pilihanraya umum yang akan berlangsung di Itali Ahad ini (4 Mac). Selain daripada itu, satu lagi undian akan menjadi perhatian adalah di Jerman iaitu hasil undian parti SPD sama ada ingin menyertai parti CDU (pimpinan Merkel) untuk membentuk kerajaan gabungan.

Tumpuan pasaran akan lebih tertumpu kepada pilihanraya Itali dengan pasaran menjangka tiada parti yang akan memenangi majoriti. Oleh itu, Itali lebih berpotensi akan mendapat kerajaan campuran selepas pilihanraya pada Ahad ini.

Tinjauan akhir pilihanraya yang dibuat sebelum ini menunjukkan tiada parti yang mendahului dengan selesa. Parti ‘5 Star Movement’ mendapat sokongan terbanyak, diikuti dengan parti memerintah Democratic Party dan seterusnya parti pimpinan bekas Perdana Menteri Itali, Berlusconi iaitu ‘Forza Italia’.

Ini kesan kepada Matawang Euro

Dengan pendirian ‘5 star Movements’ dan ideologi yang dibawa, kemenangan parti ini akan menyebabkan kejatuhan matawang Euro. Hal ini kerana, ‘5 star Movements’ dilihat sebagai anti-EU yang berpotensi membawa Itali keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

Jika ‘Democratic Party’ berjaya mempertahankan kerajaan yang dipegang, ia akan mengurangkan ketidaktentuan dalam politik Itali dan pasaran kewangannya. Ia dijangka tidka banyak memberi kesan kepada matawang Euro dan potensi lebih kepada positif untuk matawang tunggal ini.

Jika parti ‘Forza Italia’ pimpinan Berlusconi pula yang menang ia adalah negatif kepada matawang Euro kerana sejarah pemerintahan Berlusconi sebelum ini ketika krisis pasaran kewangan 2011.

Hasil pilihanraya ini dijangka akan diketahui pada Isnin pukul 10 hingga 11 malam. Kita bakal melihat kesan kepada matawang Euro pada sesi A.S. hari tersebut.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat