Sentimen Semasa Pasaran Forex Dalam Sesi Awal Pembukaan Market New York

45

Instrumen ‘safe haven‘ terus mendapat permintaan dalam sesi dagangan New York berikutan pelabur masih mengambil kira risiko politik di antara Amerika Syarikat, Syria dan Korea Utara dan juga tarikh pilihanraya Presiden Perancis yang semakin dekat.

Potensi tindakan ketenteraan Amerika Syarikat ke atas Korea Utara yang menguji senjata mereka semakin meningkat selepas AS menyerang Syria minggu lepas.

US dolar terus mengalami kerugian berbanding Yen dengan Usd/Jpy kini didagang di sekitar 110.25 selepas mencapai paras tertinggi Isnin di 111.57.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan US dolar berbanding enam matawang utama dunia yang lain juga dilihat jatuh selepas mencapai paras tertinggi sebulan lepas dari 101.27 dan ketika ini sedang didagang di sekitar 100.74.

“Kenaikan berterusan US dolar yang kita lihat sebelum ini mungkin sudah tamat dengan mengambil kira risiko yang kita hadapi ketika ini,” kata Thu Lan Nguyen, penganalisis matawang di Commerzbank Frankfurt.

China dan Korea Selatan bersetuju pada Isnin untuk mengenakan sekatan lebih ketat kepada Korea Utara jika negara itu menjalankan ujian senjata nuklear dan ujian peluru berpandu jarak jauh, kata ketua pegawai di Seoul. Ketika ini angkatan tentera Amerika juga telah berada di Semenanjung Korea bagi memberi amaran kepada Korea Utara.

“Pasaran dilihat semakin berhati-hati terhadap polisi Amerika Syarikat, dengan perhatian kini terarah kepada peningkatan risiko,” kata Harumi Taguchi penganalisis ekonomi di IHS Markit Tokyo. “Yen begitu mudah untuk dibeli dalam situasi begini.”

Pelabur juga semakin dibebani dengan ketidaktentuan pilihanraya Presiden Perancis yang akan mempertemukan empat calon Presiden. Tinjauan pendapat menunjukkan Emmanuel Macron dan Le Pen akan bertemu dalam saingan pilihanraya pusingan kedua pada 7 May.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat