Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini, Data China Mengecewakan

49

Pasaran saham Asia menunjukkan prestasi bercampur-campur dengan Nikkei 225 naik 1.1% yang disokong oleh data domestik dan juga data China Caixin yang merosot. Nikkei 225 juga banyak disokong oleh sentimen pengeksport yang baik di Jepun. ASX 200 di Australia naik 0.1% yang didagang naik-turun berikutan tekanan dari indeks Shanghai Komposit yang menyusut 0.4%.

Indeks Caixin PMI menjunam ke paras 49.6 di bawah paras 50, kali pertama dalam jangka masa 11 bulan. Angka tersebut jatuh di bawah jangkaan ahli ekonomi sekali gus melanjutkan penurunan yang dicatat dalam tempoh tiga bulan selepas bacaan Februari dicatat pada 51.7.

Di Eropah, Presiden Bundesbank Jens Weidmann pada Rabu berkata, ekonomi Zon Eropah yang semakin kukuh akan memberi impak kepada peningkatan inflasi secara berterusan walaupun ECB (European Central Bank) mengurangkan rangsangan monetari.

Manakala Nowotny ahli ECB mengatakan adalah berpotensi kadar inflasi kekal rendah dalam jangka panjang.

Di UK, tinjauan Yougov pilihanraya umum UK menunjukkan sokongan Parti Konservatif merosot kepada 42% (-1) berbanding Parti Buruh 39% (+3). Tinjauan menunjukkan hanya 62% bersetuju Konservatif akan menang dengan majoriti.

Dalam pasaran tukaran matawang (forex), US dolar jatuh pada Rabu, mencapai paras terendah dua minggu lalu berbanding Yen. Begitu juga Eur/Usd yang mencapai paras tertinggi minggu lalu. Matawang ‘greenback‘ pada bulan Mei merekod prestasi terburuk berbanding Euro walaupun ECB komited mengekalkan rangsangan monetari.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan berbanding enam matawang utama yang lain juga merekod kerugian bulanan terbesar sejak Januari.

Aud/Usd pada awalnya menguat pukul 9.30 pagi tadi selepas data jualan runcit merekod lonjakan di Australia. Namun kenaikan tersebut hanyalah beberapa minit sahaja sebelum data Caixin China dikeluarkan yang menunjukkan sektor ini meleset buat kali pertama sejak 11 bulan lalu.

Dalam pasaran komoditi, harga minyak naik sedikit pada Khamis dari paras terendah tiga minggu lalu yang disokong oleh data API yang merosot lebih banyak dari jangkaan.

Pasaran saham US, ditutup lebih rendah pada Rabu dengan jatuhnya kaunter JPMorgan dan Bank of America selepas menunjukkan potensi pandapatan yang lemah pada suku kedua. 7 daripada 11 sektor di S&P 500 ditutup lebih rendah dengan indeks ini susut 0.21%. Nasdaq jatuh 0.26%.

Dalam pasaran bon, bon kerajaan Jepun bergerak tenang pada Khamis. Hasil Bon 10-tahun kerajaan Jepun tidak berubah dari paras 0.04%.

Di Amerika Syarikat, dalam laporan Beige BookThe Fed kekal yakin dengan pasaran pekerjaan US, khususnya dengan tuntutan pengangguran di paras terendah. Namun, bank pusat kurang yakin dengan tren inflasi khususnya selepas laporan data-data yang perlahan. Tiada bukti yang signifikan kenaikan pantas dalam pertumbuhan kadar gaji.

Presiden Fed San Francisco, John C. Williams berkata pada Khamis bahawa beliau masih meletakkan keyakinan bahawa kadar faedah boleh dinaikkan sebanyak tiga kali pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat