Sektor Pembuatan Zon Eropah (PMI) Di Paras Tertinggi 73 Bulan Lalu

69

Sektor pembuatan Zon-Eropah kekal kukuh dengan bacaan indeks PMI yang masih dikekalkan pada bacaan 57.0 yang sejajar dengan jangkaan pasaran.

Bacaan kali ini lebih tinggi daripada bacaan April 56.7 dan juga yang tertinggi sejak 73 bulan lalu.

Pengeluaran berkembang pada kadar terpantas dalam masa enam tahun di mana pertambahan tempahan adalah yang tertinggi dalam masa 74 bulan lalu. Permintaan domestik begitu kukuh dan tempahan eksport turut meningkat ke paras tertinggi sejak 2011.

Tempahan yang belum dipenuhi pula meningkat ke paras tertinggi enam tahun lalu. Komponen pekerjaan juga menunjukkan pengukuhan dengan kadar pertumbuhan pekerjaan di paras tertinggi sejak 20 tahun lalu.

Semua negara di Zon Eropah kecuali Greece merekodkan pengembangan pada Mei di mana indeks Greek meningkat ke paras tertinggi sembilan bulan lalu. Terdapat kajian semua kepada data Perancis yang diturunkan dan juga indeks di Itali jatuh ke paras terendah tiga bulan lalu.

Terdapat tekanan ke atas terhadap harga, walaupun kadar kenaikan kos input merupakan yang terendah dalam masa enam bulan. Walaupun semakin banyak bukti dalam kenaikan harga pengeluar, kenaikan dalam harga barang akhir adalah yang perlahan dalam masa empat bulan.

Data secara keseluruhan akan mengekalkan keyakinan dalam pertumbuhan ekonomi Zon Eropah, khususnya dengan bukti pelaburan yang semakin kukuh. Data-data harga dijangka akan mengekalkan pendirian ECB bahawa kenaikan inflasi masih belum meyakinkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat