Inflasi Akan Naik Walaupun Sokongan ECB Dikurangkan – Weidmann

103

Ekonomi Zon Eropah yang semakin kukuh akan memberi impak kepada peningkatan inflasi secara berterusan walaupun ECB (European Central Bank) mengurangkan rangsangan monetari, kata Presdien Bundesbank Jens Weidmann pada Rabu.

Komen ini menunjukkan bahawa Weidmann yang sudah lama mengkritik polisi rangsangan monetari ECB, dan beliau berpendapat inflasi boleh mengukuh dengan sendirinya. Sebaliknya, Draghi iaitu Presiden ECB masih belum yakin inflasi akan terus mengukuh tanpa rangsangan polisi.

“Pengukuhan dalam pemulihan ekonomi akan meningkatkan potensi kenaikan inflasi yang kita lihat sejak Ogos 2016 bukanlah hanya sementara, tetapi ia akan mencatat kadar inflasi yang lebih tinggi berbanding tahun lalu walaupun darjah akomodasi polisi monetari dikurangkan,” kata Weidmann.

Majoriti ahli ECB tidak bersetuju dengan Weidmann dan mengatakan inflasi yang ketika ini di paras 1.4% boleh jatuh semula jika bank pusat mengurangkan pelonggaran yang akan menyukarkan kadar sasaran 2% dicapai.

“Pada pendapat saya, keadaan semasa ekonomi dengan risiko imbangan yang semakin baik menunjukkan ‘Governing Councill‘ perlu memulakan perbincangan sama ada untuk mengubah panduan ke hadapan (forward guidance),” kata Weidmann.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat