Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal Pembukaan Sesi Eropah

503

US dolar menjunam berbanding enam mata wang utama dalam sesi dagangan Asia pada hari Jumaat berikutan A.S. yang mengenakan tariff ke atas eksport China. China juga bakal bertindak balas kepada A.S, sekaligus membimbangkan pelabur dan membuatkan US dolar merudum. Kekurangan data ekonomi pada hari Jumaat telah menyebabkan pasaran terdedah kepada perubahan sentimen.

Indeks US dolar melemah berbanding enam matawang utama sebanyak 0.22% kepada paras setakat pada pukul 3.38 petang.

Presiden Trump menandatangani memorandum tariff yang mengenakan sehingga $60 billion produk daripada China.

The People’s Bank of China (PBOC) iaitu bank pusat China menetapkan harga Yuan berbanding US dolar pada 6.3272 Yuan dari harga semalam 6.3167. Pair USD/CNY turun 0.14% kepada setakat ini.

Sebagai tindak balas kepada tariff daripada Amerika Syarikat, China merancang untuk mengenakan tariff balas terhadap import produk dari A.S. sebanyak US$ 3bilion. Paroduk itu termasuklah tariff 15% terhadap paip keluli, buah-buahan, wain dan produk-produk lain. Ia juga merancang menambah 25% tarif terhadap daging khinzir dan aluminium yang dikitar semula.

Pair USD/JPY melemah sebanyak 0.32% kepada paras harga 104.94. US dolar jatuh berbanding matawang Yen pada minggu ini mencecah paras terendah 104.74. Pengukuhan matawang Yen disebabkan oleh kebimbangan pelabur terhadap sentimen semasa yang telah dicetuskan oleh tariff Presiden Trump pada awal bulan ini. Matawang Yen akan menjadi tumpuan kerana yen adalah “save heaven” apabila keadaan pasaran dibelenggu kebimbambangan terhadap perang perdagangan.

Pair AUD/USD menaik sebanyak 0.38% kepada paras hara 0.7711. Pengukuhan AUD adalah disebabkan pengecualian tariff oleh Amerika terhadap Australia dan beberapa negara yang lain termasuk Brazil dan Korea Selatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat