Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal Sesi Asia Hari Jumaat

679

Isu perdagangan global semakin buruk apabila Presiden Trump dilaporkan akan membawa pula isu tersebut kepada Jepun. Dengan pasaran sedang menunggu pusingan seterusnya pertikaian antara AS-China, perkembangan terbaru itu memburukkan lagi sentimen pasaran global ketika ini.

Harga emas membuat kenaikan pada sesi Asia disebabkan tercetusnya sentimen risk-off dengan matawang Yen menjadi matawang terkuat setakat ini. Seperti biasa, aset safe-haven seperti Yen dan emas akan mendapat permintaan tinggi untuk pelabur melindungi nilai aset mereka.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain setakat ini didagang tidak berubah dengan bergerak di sekitar harga 95.00.

Kebanyakan pasangan matawang setakat ini didagang mendatar pada awal sesi Asia hari Jumaat. Major pair seperti EUR/USD setakat ini hanya naik 0.01%, di mana GBP/USD merekodkan penyusutan 0.02%. USD/JPY pula merosot sehingga 0.14%, manakala USD/CAD jatuh 0.02%. USD/CHF membuat kenaikan 0.01%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing membuat penurunan 0.13% dan 0.06% setakat ini.

Dalam masa yang sama, kementerian perdagangan China berkata negara itu akan membalas balik sebarang bentuk tariff dari Amerika Syarikat.

Pelabur ketika ini juga sedang menunggu perkembangan dalam rundingan NAFTA di mana beberapa isu sukar untuk disepakati termasuk produk tenusu, perlindungan syarikat media dan bagaimana untuk menyelesaikan pertikaian di masa hadapan.

Pasaran hari ini akan memberi tumpuan kepada data pekerjaan NFP yang akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam ini. Salah satu data petunjuk kepada NFP semalam iaitu ADP-NFP merekodkan tambahan pekerjaan sektor swasta sebanyak 163,000 berbanding 190,000 sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat