Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pada Awal Sesi New York

609

US dollar didagangkan mengukuh berbanding matawang yang lain pada Isnin dengan sentimen ketika ini agak berisiko disebabkan beberapa isu dalam pasaran. Isu utama kepada pasaran adalah perang dagang antara AS-China, dan juga isu antara Kanada-Arab Saudi.

China pada Jumaat lalu berkata akan bertindak balas terhadap tariff Amerika dengan mengenakan cukai import terhadap $60 billion produk dari AS.

Dalam masa yang sama, bank pusat China (PBOC) cuba menstabilkan nilai matawang Yuan dengan menetapkan nisbah rizab Yuan lebih tinggi yang perlu disimpan oleh bank konvensional di bank pusat pada kadar 20%. Ini adalah usaha bank pusat China bagi mengurangkan penawaran Yuan di dalam pasaran.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain membuat kenaikan sehingga 0.18% setakat pada pukul 10.39 malam.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini susut 0.07% di mana GBP/USD susut 0.46%. USD/JPY setakat ini pula naik 0.08%, USD/CAD naik 0.12% dengan USD/CHF didagang meningkat 0.25%. Pair AUD/USD dan NZD/USD pula masing-masing merekodkan kejatuhan 0.12% dan 0.18%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah USD dan matawang paling lemah adalah GBP. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pasangan matawang GBP/USD jatuh sehingga 0.45% setakat ini.

Kelemahan matawang GBP ketika ini disebabkan oleh kebimbangan terhadap Brexit yang mana UK berkemungkinan tidak akan mendapat perjanjian daripada Kesatuan Eropah (EU). Menteri perdagangan antarabangsa UK, Liam Fox berkata kemungkinan kepada ‘tiada perjanjian’ antara UK-EU adalah 60%. Komen ini dibuat oleh beliau pada hujung minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat