Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

516

Matawang USD didagangkan mendatar pada awal Khamis selepas keputusan pilihan raya di Amerika Syarikat dan tumpuan pelabur beralih kepada mesyuarat FOMC pada awal pagi Jumaat. Keputusan pilihan raya adalah seperti jangkaan dimana Parti Demokrat memenangi Dewan Perwakilan dan Parti Republik menguasai majoriti mereka di Senat. Walaubagaimanapun, matawang Dolar mendapat permintaan menjelang penetapan dasar monetari. FOMC dijangka mengekalkan kadar faedah dan akan memberi bayangan terhadap kenaikan kadar faedah pada Disember ini.

Kebuntuan antara EU dan Itali berikutan krisis defisit belanjawan Itali dan kebimbangan pertumbuhan ekonomi Eropah yang perlahan telah menyeret Euro ke paras yang rendah berbanding Dolar. Sementara itu, Sterling mengukuh setakat ini ekoran harapan mengenai perundingan Brexit yang hampir dicapai antara EU dan UK.

Menyentuh kepada sesi Asia hari ini, Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) telah mengekalkan kadar faedah mereka seperti jangkaan iaitu pada 1.75% dan melihat kenaikan kadar di New Zealand mungkin berlaku pada suku tahun kedua 2020. Tambahan, Gabenor Orr berkata RBNZ akan mempertimbangkan pemotongan kadar jika KDNK negara jatuh dari ramalan bank pusat.

Selain itu, pergerakan AUD dijangka terbatas selepas kenaikan yang mendadak pada tiga sesi dagangan sebelumnya. Hal ini kerana terdapat peningkatan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China, rakan dagang utama Australia.

Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain menaik 0.22% setakat 11:30 pagi ini.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.02%, dimana GBP/USD di dagang menurun 0.02%. USD/JPY pula menguat 0.12% dengan USD/CAD didagang 0.05% lebih tinggi. USD/CHF pula di dagang sedikit menaik pada 0.02%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan mendatar 0.01%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat