Sentimen Terkini Pasaran Kewangan Pada Sesi Dagangan Asia

763

Matawang yen mengukuh berbanding US dolar pada hari Selasa berikutan tumpuan para pelabur terhadap keputusan dasar Bank of Japan pada hari ini.

US dolar jatuh 0.1 peratus berbanding yen iaitu pada 110.93. Pasaran sedang bersiap sedia untuk melihat keputusan yang bakal diambil, sama ada BoJ sedang mempertimbangkan langkah-langkah untuk menaik taraf program rangsangan besar-besaran untuk menjadikannya lebih mampan atau tidak.

Perubahan itu, walaupun berkemungkinan kecil, akan menjadi yang pertama sejak 2016 dan akan menandakan tanda baru Gabenor Haruhiko Kuroda secara beransur-ansur bergerak meninggalkan program rangsangan radikalnya.

BOJ telah menjalankan operasi membeli bon khas sebanyak tiga kali pada bulan ini untuk membendung peningkatan hasil bon.

Menurut penganalisis, melihat hasil JGB selama 10 tahun, pasaran menjangkakan terdapat kebarangkalian perubahan polisi.

US dolar telah merosot lebih daripada 2 peratus berbanding yen sejak mencapai paras tertinggi pada 19 Julai, berikutan spekulasi bahawa BOJ sedang bersiap sedia untuk mengubah dasarnya.

Walaubagaimanapun, indeks US dolar tidak banyak berubah, berada pada paras bacaan 94.16. Matawang Euro juga menunjukkan prestasi yang sama, tidak banyak berubah selepas meningkat hampir setengah peratus pada hari sebelumnya.

Selain tumpuan pada BOJ, para pelabur juga memberi tumpuan pada kenyataan FOMC dan bank pusat yang lain.

Bank of England, dijangkakan akan menaikkan kadar faedah pada hari Khamis untuk kali kedua sejak krisis kewangan 2008.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat