Sentimen Terkini Pasaran Pada Awal Sesi Asia Hari Rabu

423

US dollar terus meleset dari paras tertinggi tujuh minggu yang lalu pada hari Rabu selepas hasil-bon kerajaan AS bergerak lebih rendah semalaman. Dalam masa yang sama, matawang Sterling pula menjadi matawang terkuat pada Selasa dengan harapan bahawa Britain semakin hampir kepada perjanjian bersama Kesatuan Eropah (EU).

Matawang greenback dilihat melemah berbanding matawang-matawang utama dengan pasangan EUR/USD naik 70 pip pada Selasa.

Matawang Sterling (GBP) menguat berbanding matawang-matawang utama yang lain pada Selasa dengan GBP/USD naik sehingga lebih dari 110 pip dengan GBP/JPY pula melonjak 140 pip.

Seperti biasa, apa yang boleh kita kaitkan kepada kenaikan ini adalah isu rundingan Brexit dan sememangnya terdapat retorik yang dikeluarkan oleh pembuat dasar dari kalangan ahli Kesatuan Eropah pada Selasa.

Pemerhati pasaran berharap rundingan Brexit akan berakhir dengan baik selepas laporan Dow Jones menunjukkan UK dan Kesatuan Eropah (EU) berkemungkinan akan mencapai kata sepakat pada Isnin minggu depan.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain membuat penurunan 0.09% setakat pada pukul 10.41 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.17%, di mana GBP/USD didagang meningkat 0.10%. USD/JPY pula naik sebanyak 0.06%, dengan USD/CAD didagang 0.03% lebih rendah. USD/CHF pula didagang lebih rendah 0.11%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat penurunan 0.23% dan 0.25%.

“Kenaikan hasil-bon sebelum ini telah banyak menyokong kenaikan US dollar,” kata Yukio Ishizuki, penganalisis matawang di Daiwa Securities Tokyo.

“Dalam jangka pendek, US dollar mungkin akan dijual tetapi saya tidak rasa ia akan berpanjangan. Dollar akan menguat semula.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat