20,000 Pekerja Projek MRT2 Bakal Terkesan Oleh Keputusan Kerajaan

516

Viral di media sosial pada Selasa yang melibatkan periuk nasi pekerja-pekerja yang terlibat dalam projek pembinaan MRT2. Rata-rata pekerja yang terlibat melahirkan perasaan kecewa dengan tindakan kerajaan yang bercadang untuk menamatkan kontrak MMC-Gamuda dalam projek yang telah siap 40%. Dilaporkan, jika ia menjadi kenyataan hampir 60% Bumiputera daripada 20,000 pekerja terpaksa diberhentikan dalam projek tersebut.

Pihak kontraktor mempersoalkan keputusan kerajaan untuk menamatkan kontrak MMC-Gamuda bagi projek bawah tanah MRT2 dengan menyatakan ia adalah tidak masuk akal untuk membatalkannya di mana projek tersebut telah hampir siap separuh.

Daniel Ng pemilik syarikat yang bertugas membuat kerja-kerja geo-teknikal dan percubaan makmal bahan mentah seperti konkrit dan simen berkata kontraktor telah melabur jutaan ringgit untuk latihan pekerja dan pembelian peralatan.

“Kami telah membuat kerja-kerja ini selama dua tahun dan projek tersebut telah siap 40%. Kenapa hentikan sekarang?

“Jika mereka memutuskan untuk memberikan projek itu kepada pihak lain, ia tidak relevan. Jika masalah berlaku, siapa yang akan dipersalahkan?

Putrajaya telah membatalkan kontrak MMC-Gamuda selepas kedua-dua pihak gagal mencapai perjanjian terhadap pengurangan kos.

Konsortium pembinaan tersebut mengatakan tindakan itu akan menyebabkan 20,000 pekerja kehilangan pekerjaan yang mana melibatkan 600 syarikat Malaysia. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, 60% daripada pekerja yang terlibat dalam projek ini adalah Bumiputera.

Ia juga akan menyebabkan MMC-Gamuda berhadapan dengan banyak tuntutan gantirugi daripada pekerja, sub-kontraktor, dan pembekal.

Diharapkan, pihak kerajaan dapat merundingkan semula harga dengan pihak MMC-Gamuda dengan mengambil kira kesan kepada ribuan pekerja yang terlibat dalam projek MRT2.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat