Sentimen Terkini Penggerak Pasaran Forex Pada Awal London Open

417

Matawang berkadar faedah tinggi dan matawang komoditi khususnya AUD dan NZD meneruskan pengukuhannya dalam sesi Asia sehingga awal sesi Eropah pada Jumaat.

Sementara itu, matawang greenback didagangkan positif pada hari ini dengan matawang komoditi terus membuat kenaikan. US dollar dilihat didagangkan mendatar berbanding beberapa matawang utama yang lain dengan indeks US dollar setakat ini merekodkan kenaikan sebanyak 0.11%.

US dollar pada minggu ini banyak mendapat manfaat daripada konflik perdagangan yang seterusnya memberi kesan positif kepada matawang safe-haven. Selain daripada Yen dan CHF, US dollar juga adalah matawang safe-haven.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.09% dengan GBP/USD didagang 0.29% lebih rendah. USD/JPY setakat ini pula naik 0.04%, USD/CAD naik 0.08% dengan USD/CHF membuat kenaikan 0.06%. Pair AUD/USD dan NZD/USD pula masing-masing meningkat 0.08% dan membuat penurunan 0.16% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah AUD dan matawang paling lemah adalah GBP. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair GBP/AUD merekodkan kejatuhan 0.38% setakat pada pukul 2.44 petang.

Matawang AUD menjadi matawang terkuat sejak hari Khamis dengan sentimen pasaran kini dilihat semakin baik. Sentimen kini beralih menjadi Risk-On yang jelas dilihat dengan peningkatan indeks-indeks saham global pada Khamis dan Jumaat.

Pasaran Asia pada hari ini juga meneruskan kenaikan denga indeks saham utama Asia didagangkan lebih tinggi. Dengan penutupan positif Wallstreet pada Khamis, saham Asia seperti Nikkei dan Kospi ditutup melepasi 1.00% lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat