Senyum Lebar Lagilah Saudagar Minyak Minggu Ini

483

Dagangan emas hitam mengukuhkan kedudukan selepas melonjak ke paras tertinggi satu tahun pada sesi sebelum ini, didorong oleh kejatuhan ketara dalam inventori minyak mentah Amerika Syarikat.

Data industri yang diterbitkan Institut Petroleum Amerika (API) memperlihatkan penurunan drastik bekalan minyak mentah AS yang jatuh sebanyak 4.26 juta tong pada minggu lalu selepas mencatat kenaikan 5.27 juta tong minggu sebelumnya.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan menguat pada $57.62 setong, pada kenaikan hari keempat berturut-turut setelah mencecah $58.05 setong pada sesi sebelum ini.

Sementara penanda aras WTI Amerika Syarikat pula menokok kepada $54.87 setong, dalam kenaikan hari ketiga berturut-turut selepas mencecah paras tertinggi satu tahun $55.26 pada hari Selasa.

Dalam pada itu, kenaikan harga minyak turut dipacu oleh keyakinan bahawa penggubal undang-undang AS semakin hampir untuk meluluskan rang undang-undang bantuan rangsangan $1.9 trilion walaupun tanpa sokongan Republikan.

Selain itu, unjuran terbaru oleh OPEC dan sekutunya, OPEC+ bahawa bekalan minyak akan menurun hingga di bawah purata lima tahun pada bulan Jun juga menguatkan lagi pengukuhan harga minyak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat