Sepandai-Pandai AUD/USD Mendaki Akhirnya Jatuh Menjunam Jua

338

Nasib tidak menyebelahi dagangan dolar Australia apabila keuntungan yang diraih dari awal minggu lenyap begitu sahaja dengan pergerakan drastik harga semalam.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta AUD/USD, harga telah membuat kenaikan selepas keputusan mesyuarat dasar bank pusat Australia (RBA) ke paras 0.76000. Namun harga menjunam semula pada sesi Eropah semalam dengan penurunan harian lebih 100 pips dicatatkan.

Ini adalah susulan pengukuhan semula US dolar dengan sentimen pasaran yang berisiko turut memudarkan prestasi dolar Aussie.

Harga telah susut sehingga ke paras 0.74800 semula sebelum pergerakan harga mendatar di sekitarnya sehingga bersambung ke sesi pasaran Asia pagi ini (Rabu).

Kenaikan harga yang perlahan dipamerkan menuju ke sesi Eropah, namun harga yang kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD memberikan isyarat untuk menyambung trend bearish semula.

Penurunan harga akan dijangkakan menguji paras terendah mingguan yang dicecah Jumaat lalu sekitar 0.74500 sebelum meneruskan penurunan lebih rendah ke zon support 0.74000.

Mencecah ke paras tersebut akan merekodkan paras terendah terbaru untuk tahun ini, atau terendah sejak Disember 2020.

Sekiranya harga berjaya membuat kenaikan semula melepasi halangan MA50 dan zon harga 0.75400, pelabur akan kembali melihat harga akan menyambung lonjakan semula.

Zon rintangan pada 0.76000 kekal menjadi sasaran tumpuan untuk diuji sekali lagi untuk isyarat arah pergerakan harga selanjutnya.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat