Setelah Kes COVID-19 Melonjak Di AS, Trump Akhirnya Minta Bantuan Xi Jinping?

1,564

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping dilaporkan telah bercakap dalam satu panggilan telefon pada hari ini, dalam usaha untuk meredakan ketegangan yang tercetus antara dua negara tersebut disebabkan wabak pandemik coronavirus.

Xi Jinping dikatakan telah menggesa Amerika Syarikat supaya mengambil tindakan untuk meneruskan kerjasama dalam memerangi wabak tersebut, selain turut menyatakan kebimbangannya terhadap penularan yang semakin meningkat di negara itu.

Selain itu, beliau juga memberitahu Trump bahawa China telus dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan maklumat yang berkaitan coronavirus sejak ia mula menular di negara itu dan telah memberikan bantuan kepada negara-negara lain.

Tambah beliau lagi, China bersedia untuk terus berkongsi maklumat dan pengalamannya dalam menangani wabak itu bersama Amerika Syarikat.

Sementara itu, Donald Trump pula memberitahu dalam satu tweet terbarunya, bahawa kedua-dua pihak telah membincangkan dengan terperinci mengenai COVID-19 dan menyatakan mereka sedang berkerjasama dengan rapat untuk membendung krisis ini.

Umum mengetahui bahawa sebelum ini China dan Amerika Syarikat sering berbalas tuduhan mengenai pengendalian krisis ini dan asal-usul wabak COVID-19.

Malah, Trump juga telah membangkitkan kemarahan ekonomi kedua terbesar dunia itu, dengan sering menyebut nama wabak COVID-19 sebagai ‘virus China’, sehingga menyebabkan beliau diberi amaran oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Adakah melalui panggilan telefon hari ini, Trump turut memohon bantuan daripada Xi Jinping setelah AS mencatatkan peningkatan drastik dalam kes coronavirus?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat