Setelah Mendatar Sepanjang Minggu, GBP/USD Pamer Penurunan Sesi Eropah Hari Ini

2,699

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD pamerkan penurunan ketara harga pada sesi Eropah selepas harga bergerak mendatar sepanjang minggu di bawah paras 1.2500.

Pound Sterling berjaya mengimbangi kekuatan nilai US dolar dalam suasana pasaran yang berisiko buat masa ini dengan kedua-dua negara UK dan Amerika semakin mencatatkan kadar kes wabak COVID-19 yang tinggi.

US dolar kekal kukuh pada penghujung sesi dagangan minggu ini walaupun data tuntutan pengangguran AS mencatatkan bacaan yang membimbangkan.

Pengukuhan US dolar telah memberi tekanan terhadap dagangan Pound dengan data PMI perkhidmatan UK yang diterbitkan lemah.

Pertumbuhan GDP UK juga dijangka akan menurun sekitar 4% pada tahun 2020 yang mendorong penyusutan pada matawang British Pound.

Pergerakan harga carta GBP/USD bergerak di sekitar paras sokongan Moving Average 50 (MA50) dengan ketiadaan arah yang lebih jelas sepanjang minggu ini namun penurunan harga pada sesi Eropah hari ini bakal memberi isyarat awal penurunan harga.

Bergerak perlahan dan mendatar sepanjang sesi Asia, harga kini membuat penurunan ke paras 1.22700 dan bakal menguji zon RBS (resistance become support) di sekitar 1.2200.

Penurunan lebih rendah harga dijangka akan diteruskan menuju zon RBS lebih rendah di bawah paras 1.2000.

Namun jika harga kembali membuat lonjakan semula, paras ketinggian di bawah 1.2500 akan diuji di mana harga gagal meneruskan kenaikan lebih tinggi pada dagangan minggu ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat