Susah Hati Pelabur Tenung Harga Merangkak Di Carta GBP/USD

274

Pergerakan mata wang US dolar kekal suram pada dagangan sesi Asia bersambung ke sesi Eropah semalam (Selasa), namun pada sesi New York menyaksikan sedikit pengukuhan raja mata wang tersebut berbanding beberapa mata wang utama yang lain termasuklah Pound.

Walaupun Pound masih paparkan prestasi suram, namun dilihat bergerak lebih berbanding berbanding US dolar yang masih suram ekoran pelabur sedang berwaspada menantikan terbitan data inflansi Amerika Syarikat (AS) yang dijangkakan menyusut sedikit untuk bacaan Julai.

Ramalan bacaan data tersebut telah menambah petunjuk bahawa Federal Reserve (Fed) berkemungkinan akan meneruskan kenaikan kadar faedah yang agresif buat kali ketiganya sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat September setelah data pekerjaan NFP yang diterbitkan minggu lalu juga memberangsangkan.

Sementara, mata wang Pound pula dilihat terkesan oleh tempias isu sekatan minyak Rusia ke atas saluran paip Druzhba yang bakal mengancam industri tenaga di Eropah termasuk di UK.

Disebabkan itu, kerajaan United Kingdom (UK) juga dilihat bakal bersedia menghadapi ancaman kekurangan bekalan tenaga untuk industri dan pengguna pada musim sejuk nanti.

Melihatkan pergerakan harga pada carta pasangan GBP/USD semalam, harga memaparkan kenaikan ke paras sekitar 1.21300 namun berundur semula di bawah paras 1.21000 dan kemudiannya dilihat berlegar mendatar di sekitar paras 1.20700 pada penghujung sesi New York.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini (Rabu), harga masih lagi bergerak mendatar dan dilihat berlegar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD yang menunjukkan isyarat bearish buat harga.

Sekiranya penurunan harga berlaku pada dagangan hari ini, harga dilihat bakal menguji paras support 1.20000 yang sebelum ini menyaksikan lantunan semula harga ketika terjunan pada Jumaat lalu.

Penurunan yang lebih rendah melepasi zon tersebut bakal diteruskan sehingga ke paras tumpuan 1.19400 atau 1.18800 bagi mencatatkan paras terendah terbaru 3 minggu.

Sebaliknya jika harga melonjak semula, halangan 1.21000 bakal diuji sebelum harga meneruskan peningkatan melepasi halangan MA50 untuk isyarat perubahan trend bullish pada carta harga.

Kenaikan harga yang lebih tinggi bakal menguji semula paras halangan resistance 1.22000 yang menjadi zon tumpuan minggu lalu sebelum kenaikan yang dijangka diteruskan bakal mencapai ketinggian pada zon 1.23000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat