Susulan Keputusan Mesyuarat Polisi RBNZ, NZD/USD Menjunam 100 Pips

431

Sentimen pasaran yang bercampur-campur dilihat gagal menyokong matawang komoditi untuk bergerak kukuh dalam pasaran pada minggu ini.

Terutama matawang dolar Australia dan dolar New Zealand yang pamerkan pergerakan lemah di samping terkesan oleh data ekonomi China yang turut membimbangkan.

Pada dagangan Rabu, dolar New Zealand mencatatkan pergerakan drastik pada sesi Asia susulan keputusan mesyuarat polisi bank pusat New Zealand diumumkan.

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) dalam mesyuarat terbaru mengumumkan kadar faedah dikekalkan di paras rendah pada 0.25% dan bakal dikekalkan sehingga awal 2021.

Namun, penyusutan ketara matawang Kiwi adalah didorong oleh keputusan lanjutan pakej rangsangan ekonomi di mana program pembelian aset (LSAP) ditingkatkan kepada $60 bilion daripada $33 bilion sebelum ini.

Menambahkan lagi tekanan buat Kiwi apabila terdapat cadangan oleh ahli jawatankuasa mesyuarat untuk kadar faedah diturunkan ke paras negatif.

Pada carta harga pasangan matawang NZD/USD semalam, harga menunjukkan kenaikan harga sekitar 80 pips menguji zon SBR (support become resistance) 0.61200 sebelum kembali membuat penurunan ekoran kewaspadaan pelabur menjelang mesyuarat polisi RBNZ.

Pada dagangan sesi Asia pagi ini, harga yang menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan kemudiannya telah menjunam sekitar 100 pips ke paras support 0.60000.

Pergerakan harga kembali perlahan menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah di atas paras 0.60000 tersebut.

Harga dijangka akan meneruskan momentum penurunan mencatatkan paras terendah terbaru dengan destinasi tumpuan dilihat menuju support 0.59200 yang diuji pada dagangan April lalu.

Namun jika harga menunjukkan kenaikan, harga dilihat akan menguji paras sekitar 0.60700 atau paras halangan MA50.

Kenaikan lebih tinggi akan menuju semula zon SBR 0.61200 sebelum ke paras resistance sekitar 0.61500.

Lihat gambar carta pasangan matawang NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat