Susulan Mesyuarat RBA, Apa Reaksi AUD/USD?

324

Mata wang dolar Australia dilihat tidak begitu memberi reaksi yang ketara susulan keputusan mesyuarat polisi monetari bank pusat Australia pada sesi Asia pagi ini.

Reserve Bank of Australia (RBA) masih mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras terendah 0.10% seperti yang telah dijangkakan pasaran.

Unjuran pertumbuhan ekonomi Australia positif dengan jangkaan meningkat untuk tahun 2020 dan juga 2021.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD, harga bergerak menurun pada sesi Asia sebelum menunjukkan sedikit kenaikan susulan keputusan mesyuarat RBA.

Harga masih terhalang pada halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka 1 jam pergerakan harga akan memberikan isyarat bagi arah harga seterusnya.

Kenaikan harga dijangka terhad yang dibayangi oleh penurunan harga pada penghujung minggu lalu di samping US dolar yang masih bergerak kukuh dalam pasaran.

Sekiranya harga berjaya pamerkan kenaikan, zon rintangan harga 0.78200 akan diuji sebelum kenaikan lebih tinggi terus memberi isyarat perubahan trend bullish.

Namun jika harga kekal menyambung penurunan di bawah paras 0.73300, harga dilihat akan menuju paras sokongan pada 0.76500.

Penurunan lebih rendah seterusnya akan menuju pula ke paras 0.75700 yang merupakan paras support pada dagangan Februari lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat