Emas Buat Hal Lagi!

3,966

Harga emas meneruskan penurunan ke paras terendah 8 setengah bulan pada hari Selasa, ketika pengukuhan US dolar yang disokong oleh hasil perbendaharaan yang tinggi telah mengekang daya tarikan terhadap logam berharga itu.

Menjelang sesi Eropah, harga emas bergerak lemah di sekitar paras harga $1,718 per auns selepas menjunam rendah menyentuh harga $1,707 pada sesi Asia. Sementara niaga hadapan emas pula susut pada $1,715 per auns (2.35 petang waktu Malaysia).

Walaupun penanda aras hasil perbendaharaan AS telah menurun dari tahap tertinggi satu tahun minggu lalu, tetapi ia masih berada di tahap yang tinggi dan terus memberi sokongan buat US dolar untuk bertahan di puncak tertinggi hampir empat minggu.

Bacaan data ekonomi dan prospek ekonomi AS yang optimis untuk pemulihan ekonomi didorong pakej rangsangan besar dan pelancaran vaksin, membuatkan pelabur menjauhkan diri dari aset safe-haven.

Data PMI pembuatan tinjauan ISM AS mengalahkan jangkaan pasaran dengan meningkat ke 60.8 pada bulan Januari, iaitu pengembangan paling kuat dalam aktiviti perkilangan sejak Februari 2018.

Angka yang memberangsangkan ini menguatkan lagi dagangan dolar greenback dan melemahkan logam berharga emas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat