‘Tapering’ Atau Tidak? Ini Ramalan Pasaran Sebelum Mesyuarat FOMC!

650

Pengurangan atau tidak ada pengurangan? Inilah persoalan yang berlegar di sekitar pasaran menjelang pengumuman dasar FOMC pada awal pagi Khamis nanti.

Setelah menyaksikan beberapa kenaikan dalam indikator utama ekonomi, isu mengenai pengurangan pembelian bon (tapering) kembali bergema walaupun telah berulang kali Federal Reserve (Fed) menyatakan bahawa ia masih terlalu awal untuk berbincang mengenainya.

Fed juga meletakkan penanda aras untuk melakukan pengurangan dengan mengambil kira mengenai pasaran pekerjaan yang masih lagi lemah, walaupun kadar inflasi meningkat.

Namun begitu, sejak mesyuarat polisi bulan lalu, terdapat beberapa pembuat dasar telah menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan inflasi baru-baru ini dan menyatakan mengenai perlunya untuk mereka mula membincangkan pengurangan.

Spekulasi kini kuat mengatakan bahawa Fed akan mula memberi petunjuk mengenai pengurangan pada mesyuarat kali ini.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, pasaran turut menjangkakan bahawa Fed akan mengekalkan pendekatan dasar monetari semasa.

Hal ini kerana, jika melihat kepada data ekonomi terbaru yang diterbitkan selepas mesyuarat polisi bulan lalu, kadar inflasi menunjukkan penurunan pada bulan Mei berbanding sebelumnya, sementara pasaran pekerjaan pula gagal memenuhi jangkaan untuk meningkat lebih tinggi.

Oleh itu, adakah pendirian pembuat dasar sebelum ini akan tetap sama atau berubah?

Selain mencari petunjuk kepada perubahan dasar, pasaran turut menumpukan perhatian kepada unjuran pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.

Sebarang pernyataan yang bernada hawkish akan mendorong matawang US dolar meningkat lebih tinggi, dan pergerakan sebaliknya akan berlaku sekiranya Fed terus kekal bernada dovish.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat