Tekanan Di Eropah Bakal Dorong Penurunan EUR/USD

393

US dolar dilihat selesa untuk mengekalkan pengukuhan pada dagangan awal minggu susulan sentimen pasaran yang masih berisiko membuatkan permintaan terhadap mata wang safe-haven meningkat.

Indeks utama pasaran Wall Street pamer penurunan ketara membuatkan pelabur lebih berwaspada untuk pergerakan tidak menentu pasaran di penghujung Mac.

Menambahkan pengukuhan bagi US dolar apabila hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) kembali pamer lonjakan semula selepas sedikit menyusut pada penghujung minggu lalu.

Situasi ini akan terus memberi tekanan terhadap pergerakan mata wang utama yang lain dalam pasaran untuk pamer prestasi baik pada minggu ini.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD masih bergerak pasif dan cenderung untuk jatuh lebih rendah berikutan tekanan US dolar terhadap Euro.

Perkembangan di Eropah yang membimbangkan dengan peningkatan kes jangkitan virus mendesak kerajaan untuk mengetatkan pergerakan sekaligus akan merencatkan pemulihan ekonomi dalam tempoh terdekat.

Harga pada carta EUR/USD kekal berlegar di bawah paras 1.18000 yang dilihat sebagai zon rintangan harga pada minggu ini.

Berdasarkan sentimen semasa pasaran, besar kemungkinan untuk harga meneruskan penurunan lebih rendah dengan jangkaan awal harga untuk ke zon support sekitar 1.17000.

Sekiranya harga kembali melonjak melepasi zon SBR (support become resistance) 1.18000, pelabur berkemungkinan akan melihat situasi tersebut sebagai isyarat awal untuk perubahan trend bullish semula.

Seterusnya, kenaikan harga akan dijangkakan untuk menuju ke zon SBR 1.19000 yang menjadi tumpuan harga pada dagangan sebelum ini.

Namun, pelabur akan berwaspada menjelang laporan data pekerjaan NFP AS yang diterbitkan pada penghujung minggu dan bakal memberi impak besar terhadap pergerakan harga khususnya mata wang US dolar.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat