Hasil Bon Kembali Melonjak, USD/JPY Mencanak!

389

US dolar melonjak ke paras tertinggi satu tahun berbanding yen berikutan lonjakan hasil perbendaharaan AS yang kembali meningkat di atas 1.70%.

Dolar greenback didagangkan tinggi di sekitar 109.90 berbanding yen, di tahap paling tinggi sejak Mac 2020. Dengan berakhirnya tahun fiskal Jepun pada bulan ini, ia akan menjadikan bulan terbaik buat USD sejak 2016.

Penanda aras hasil bon 10 tahun AS pula meningkat pada 1.72%, menghampiri paras ketinggian baru 13 bulan yang dicatatkan sebelum ini.

Safe-haven greenback juga meraih sokongan ketika pelabur bimbang dengan kemungkinan kejatuhan hedge fund yang dikenali sebagai Archegos Capital, walaupun kebimbangan itu dilihat semakin mereda pada sesi Asia hari ini.

Presiden AS Joe Biden akan melancarkan pelan perbelanjaan infrastrukturnya yang bernilai $3 trilion pada hari Rabu, dan beliau juga dijangka akan mengumumkan peningkatan cukai baru.

Sementara itu, matawang euro terus lemah berhampiran paras terendah 4 setengah bulan berbanding USD disebabkan peningkatan kes Covid-19 di Perancis dan Jerman menyebabkan prospek pemulihan ekonomi Eropah semakin suram.

Matawang pound pula kembali merosot di bawah 1.3800 berbanding USD selepas mencatat peningkatan pada sesi Eropah semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat