Tikam Belakang Rusia? Korea Selatan Nafi Bekalkan Senjata Ke Ukraine

329

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol menafikan pertuduhan diterimanya yang menyatakan Seoul menyediakan senjata kepada Ukraine, sejurus selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin menyebut bahawa tindakan tersebut mampu memusnahkan hubungan dua halanya.

Tegas Putin, Barat dikatakan menghasut perang di Ukraine agar Korea Selatan menawarkan senjata ke negara tersebut sama seperti Moscow menghantar pelbagai senjata ke Korea Utara.

Namun begitu, Yoon menegakkan kebenaran dengan menyebut negaranya hanya membekalkan bantuan kemanusian kepada Ukraine sebagai solidatari bersama masyarakat antarabangsa dan tidak akan sesekali menggunakan senjata.

Buktinya, Korea Selatan menolak permintaan Kyiv berkaitan senjata tetapi membekalkan jaket kalis peluru, topi keledar serta bekalan perubatan ke Ukraine.

Tambahnya lagi, Korea Selatan akan sedaya upaya mengekalkan hubungan erat bersama semua negara di seluruh dunia termasuklah Rusia.

Difahamkan bahawa pencerobohan Putin ke atas Ukraine tercetus disebabkan Amerika syarikat (AS) dan Barat yang menghasut konflik di negara tersebut dan mengakibatkan sejumlah individu kehilangan nyawa serta tempat tinggal.

Rentetan itu, Putin meluahkan kecurigaannya terhadap reaksi Korea Selatan jika negaranya bekerjasama dengan Korea Utara untuk bertindak sama sepertinya.

Hal ini berikutan kerana Rusia tidak pernah sesekali terdetik untuk menjadi musuh Korea Selatan, malah mereka akan sentiasa bekerjasama dengan negara tersebut bagi mengeratkan lagi hubungan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat