Timbul Masalah Dalam Rundingan Dagangan AS dan China?

413

Dagangan dolar Amerika terus menerima tekanan daripada keraguan terhadap ketidakpastian rundingan dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China. Indeks dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama lain sedikit berubah kepada 98.36.

Rundingan dagangan antara dua negara ekonomi gergasi dilaporkan mempunyai masalah berhubung pembelian produk perladangan AS, kerana China dikatakan tidak mahu perjanjian yang kelihatan lebih memihak kepada AS.

Laporan tersebut keluar selepas Presiden AS Donald Trump memberitahu perjanjian dengan China akan diselesaikan tidak lama lagi. Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa akan menaikkan tarif kepada barangan import negara itu menjelang perayaan Krismas ini, jika perjanjian tersebut gagal dicapai.

Ancaman tersebut merujuk kepada tarif 15% seperti yang telah diumumkan sebelum ini, ke atas import China bernilai $156 bilion yang akan mula dilaksanakan pada 15 Disember.

Susulan itu, matawang safe-haven yen dan Swiss franc memperoleh manfaat daripada situasi tersebut untuk yen mengukuh pada 108.80 berbanding USD manakala swiss franc pula diniagakan pada 0.9898.

Selain itu, keterangan Pengerusi Federal Reserve AS (Fed), Jerome Powell yang menjadi tumpuan pasaran dilihat gagal menarik perhatian. Powell terus mengulangi kenyataannya terhadap keyakinan beliau kepada ekonomi, kebimbangan terhadap inflasi rendah dan risiko luaran serta selesa dengan dasar monetari semasa.

Di sisi lain, matawang pound gagal memberi tindak balas walaupun inflasi UK yang lebih baik daripada jangkaan pasaran iaitu jatuh kepada 1.5% dari tahun ke tahun pada Oktober 2019 berikutan masih dibayangi oleh ketidakpastian politik negara itu menjelang pilihan raya UK Disember ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat