Trend Bearish Diteruskan, EUR/USD Sambung Penurunan

421

Menepati ramalan penganalisis pasaran, US dolar kembali menyambung pengukuhannya semula menuju penghujung minggu selepas bergerak lemah sejak dagangan Rabu lalu.

Bersambung sehingga ke awal pembukaan sesi New York semalam, US dolar masih bergerak susut dengan reaksi terhadap terbitan data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat (AS) yang kurang baik.

Namun pada penghujung sesi New York, US dolar kembali dilihat pamerkan pengukuhan semula berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain kecuali Yen.

Mata wang Euro pula bergerak baik dalam pasaran sehingga kembali menerima tekanan semula dengan pengukuhan US dolar.

Seperti yang dilihat pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga bergerak mendatar dan sedikit meningkat sejak Rabu lalu namun kembali menyambung semula penurunan sehingga dagangan yang bersambung pada awal sesi Asia hari ini (Jumaat).

Cubaan harga untuk melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam turut gagal memberi isyarat harga masih berada dalam pergerakan trend bearish.

Penurunan harga pada penghujung sesi New York juga telah melepasi paras terendah pada Selasa lalu untuk catatkan paras terendah mingguan sekitar 1.13000.

Penurunan lebih rendah harga bakal dijangka diteruskan menuju zon sokongan tumpuan pada 1.12500-1.12400.

Namun penurunan seterusnya bakal menguji zon support utama 2021 iaitu pada 1.12000.

Sebaliknya jika US dolar kembali melemah semula menjelang mesyuarat FOMC pada minggu hadapan, kenaikan harga boleh berlaku untuk isyarat perubahan trend bullish semula.

Zon 1.14000 bakal menjadi rintangan untuk kenaikan awal harga sebelum kenaikan lebih tinggi akan menguji paras ketinggian yang dicapai pada minggu lalu sekitar 1.14800.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat